2~Nasi Dagang

Masih jelas di ingatan penulis tatkala menjamah nasi dagang sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Halba dan halia nyata sekali antara ramuan yang dirasakan aneh sewaktu kecil namun begitu, setelah meningkat dewasa lidah Terengganu penulis mula menyukai juadah enak berkenaan. Paling sesuai sebagai sarapan pagi apatah lagi juadah ini mudah didapati di pasar-pasar tani dan warung santapan pagi, ianya tidak mengehadkan nasi dagang sebagai menu pilihan pada waktu lain.

Turut dihidangkan pada majlis lain seperti majlis kenduri doa selamat mahupun majlis pertunangan bakal pengantin Terengganu. Nasi dagang adalah salah satu juadah enak yang melambangkan Negeri Terengganu itu sendiri. Bagi mereka yang berminat mencuba sendiri menu ini di rumah, kali ini penulis berbesar hati untuk menyertakan sekali menu nasi dagang beserta kuah gulai ikan tongkolnya. Ini adalah resepi sumbangan makcik penulis seperti mana yang menjadi santapan keluarga kami turun-temurun. Tip tambahan untuk nasi dagang yang lebih menyelerakan bau dan rasanya, jangan lupa dihidangkan berlapik daun pisang. Pasti makin selera.


nasi dagang

bahan-bahan
3/4 kg beras khas nasi dagang/1 bahagian beras pulut bagi setiap 3 bahagian beras biasa
100g santan cair
250g santan pekat
3 biji bawang merah(dimayang)
2 hiris halia(dimayang)
sedikit halba
garam dan gula secukup rasa(campurkan bersama santan pekat)

cara-cara
kukus beras sehingga separuh masak
angkat dan gaulkan bersama santan cair
kukus sehingga masak sempurna
angkat dan gaulkan bersama santan pekat
masukkan bawang merah, halia dan halba
sedia untuk dihidang

gulai ikan tongkol/aya

bahan-bahan
seekor ikan tongkol saiz sederhana dikukus(sebaiknya bersama asam keping dan sedikit garam)
bahan a(satukan dengan air pes asam jawa)
2 sudu rempah gulai cap bunga ros(kuning)
1 sudu rempah masak (hitam)
bahan b(mesin dan satukan dengan bahan a)
5 biji bawang merah
4 ulas bawang puih
2 hiris kunyit hidup
2 hiris lengkuas
2 hiris halia
2 sudu cili boh

cara-cara
masukkan ke dalam periuk panas bersama santan daripada sebiji kelapa
masak sehingga naik minyak kemudian masukkan ikan
tambah garam dan gula secukup rasa
masukkan beberapa tangkai cili hidup
jika ada, masukkan beberapa biji belimbing buluh

1~Pantai Kijal

Melalui perjalanan menelusuri jalan di pesisir pantai sepanjang Marang dan Dungun, Terengganu, penulis tidak melepaskan peluang untuk singgah berehat di Pantai Kijal. Sungguhpun terletak dalam daerah kemaman namun Pantai Kijal masih menjanjikan keindahan panoramanya yang tersendiri. Pantainya terjaga indah dengan fasiliti-fasiliti asas seperti tandas awam, surau, taman rekreasi, medan selera yang menyediakan juadah enak bahkan kelengkapan bagi mereka yang gemarkan berbeku. Perjalanan jauh bagaikan tidak terasa setelah duduk bersantai dibuai bayu petang. Penulis turut disajikan dengan pemandangan mentari terbenam, kelihatan juga nelayan-nelayan yang pulang mencari rezeki dari laut lewat berlabuhnya tirai malam.


Pantai Kijal sememangnya salah satu destinasi wajib singgah bagi mereka yang gemarkan pemandangan laut. Disamping pantai landai berpasir halus, pengunjung dapat dihiburkan dengan bunyian ombak di kala menghempas batu-batuan yang terdapat berhampiran. Pantai ini menyajikan pemandangan berbeza di mana lazimnya pengunjung dapat melihat kapal-kapal milik syarikat yang menjalankan kerja-kerja industri jauh dari pesisir pantai namun dalam masa yang sama masih terpelihara daripada sebarang pencemaran dan kaya dengan hidupan laut yang kadangkala berkejaran di gigi air. Pengunjung juga dapat menikmati pemandangan pelantar minyak yang terdapat berhampiran jika tahu memilih sudut yang tepat.Ianya mengagumkan melihat sendiri bagaimana perkampungan nelayan dan sektor industri berkongsi ruang lingkup yang sama di sini.


Jika anda berkunjung ke Terengganu,ingat-ingatlah Pantai Kijal serta jangan lupa memilih untuk melalui jalan lama demi memudahkan anda mencari destinasi ini. Andai memilih untuk bermalam pula, Kijal Strawberi Resort & Spa sedia menanti kedatangan anda. Mereka yang lebih berminat mengalami cara hidup masyarakat setempat pula boleh memilih untuk tinggal bermalam di homestay yang dibangunkan penduduk tempatan. Sebagai pilihan untuk mereka yang mencari tempat penginapan yang lebih mewah, Awana Kijal, East Coast Golf, Beach & Spa Resort sedia menggamit kedatangan anda dengan layanan bertaraf lima bintang.

Review:

Located in the Kemaman District, Kijal Beach still promising a beauty of its own. A beautiful beach with facilities such as toilets, mosque, recreational park, food court, and even equipment for those who love berbeku. Kijal beach is a must stop destination for those who love spending time at the seaside. Presents different views of the beach where visitors can often see the industrial ships work far from shore but at the same time the living is protected from any contamination as the marine crawler can be seen rushing into water.

It is amazing to see how the fishing village and the industrial sector actually shared the same area over here. If you visit Terengganu, dont forget that Kijal Beach awaits along with its calming breeze. Just in case if you did choose to spend the night here, the Strawberry Kijal Resort & Spa is ready for you. Visitors who more interested in experiencing the local way of life may choose to stay overnight at nearby homestay developed by local man. As an alternative for those seeking for luxurious accommodations, Awana Kijal, East Coast Golf, Beach & Spa Resort is ready to celebrate your arrival with five-star services.